Monday 9 June 2014

dari hati kecil ku



assalamualaikum semua...

alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di dunia ini mencari kembali identiti diri dan jalan yang lurus....
sudah lama rasanya diri ini tidak menulis coretan-coretan hati yang berkisarkan hati kepada Allah.... aku menyedari....banyak yang mempengaruhi dalam tingkah laku ku.. Allah... aku merindui aku yang dulu.... yang sentiasa denganMu... sesungguhnya aku alpa dengan dugaan dan cabaranmu ya Allah... hatiku tidak tenang... pelbagai perkara merunsingkan aku... Allah.... semoga aku sentiasa muhasabah diri.. moga tidak terlambat untuk aku berubah ke arah kebaikan... aku tahu terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan.. moga pintu taubat masih terbuka untuk aku... aku tersempit... berikanlah aku peluang dan waktu yang boleh aku lari daripada kesempitan jiwa ku ini...

dari hati kecilku... xmampu untuk mengatasi suara-suara jahat yang ada dalam hatiku ini... hati kecilku hanya jauh... semakin jauh.. Ya Allah..bersihkanlah hatiku ini dari kekotoran hati da tompokan-tompokan hitam...supaya hati kecilku menjadi tunjang dan jantung hati ini.






Monday 23 December 2013

bibit hati yang keliru

sudah lama rasanya diri ini tidak bermain dengan jari-jemari di dalam blog... banyak perkara yang berlaku..huhu... sungguh hatiku diam kerana terluka dahulu.. n masih ada insan yg sangat menyayangi ku melebihi aku menyayanginya... aku sangat hargai dengan kehadirannya yang banyak memberi aku semangat dan bangkit kembali daripada kekecewaan yang melanda diri ini...mgkin perhubungan yang lepas adalah pengajaran kepada diri ini.. dia juga telah membuat aku bangkit daripada kegagalan dengan mudah aku melupakan dia walaupun perit.

USMAN.... nama yang sentiasa ada pada bibir ini... yang banyak memberi kata-kata positif kepadaku sepanjang aku berduka... yang banyak memberi rasa bahagia daripada derita... susah untuk aku menerima kehadiran insan baru yang tak pernah aku rapat sebelum ini... dan berlaku secara kebetulan sahaja..insyaAllah.semoga dia adalah jodoh terbaikku....

namun, aku masih lagi meragui dengan sikapnya...memg aku akui... dia adalah lelaki yang sangat manja, sangat mengambil berat tentang diri ini, sangat berfikiran positif dan yang paling penting dia menghargai aku seadanya... apa yang aku ragui peristiwa lama kembali menghimpit diri ini..aku xnak untuk melibatkan diri dalam perkara yang boleh membuatkan aku rasa serba salah, rasa antara nafsu dan iman...huhu...nauzubillah... bagaimana untuk aku atasi semua ini?? hatiku berdolak-dalik.. hatiku gelisah dan tidak tenteram... aku inginkan perhubungan yang diredhai oleh Allah..aku inginkan insan yang boleh membawa aku ke arah kebaikan... huhu... betapa jahilnya diri ini di sisi Allah..huhu....

ya Allah..kuatkan lah hati ini..kuatkan imanku ini..jauhkanlah aku daripada perkara mungkar... aminn...

Wednesday 9 October 2013

cinta hati

alhamdulillah..hujan itu satu rahmat... bumi Tanjung Malim basah dilimpahi hujan rahmat...sungguh nyaman... sejuk... bagai memahami perasaan ku sekarang.. perasaan yang inginkan ketenangan hati... 'hujan itu' pemuas kepada ketenangan yang aku perolehi... Alhamdulillah... setelah terbongkar beberapa perkara... ini menyedarkan aku untuk tidak mengharapkan cinta manusia..tetapi perlu menagih cinta Allah..kerana Allah tidak pernah mengecewakan cinta umatNya yang sentiasa dekat denganNya.. itulah yang terbaik...

ini juga mendorong hatiku untuk say no utk cinta sebelum kahwin... ya Allah... permudahkan urusanku ini.. xtau knape..tapi hati ini inginkan perkahwinan.. aku xnak keinginanku ini hanya berlandaskan nafsu semata-mata atau sekadar mengubat hati yang lara... Ya Allah...berikanlah aku petunjuk... petunjuk terbaik untukku..sesungguhnya Engkau lah yang menentukan jodoh pertemuan, ajal maut setiap hambaMu...adakah ini dugaan dan cabaran daripadaMu... huhu... tenangkan jiwa ini daripada perkara yang boleh melalaikan diri ini... 

namun, dalam niat hatiku ini, aku berfikir sejenak...masih adakah dapat menerimaku seadanya??..segala kekurangan dan kesilapan-kesilapan laludalam diriku ini.. huhu... aku takut  dengan semua ini.. aku takut orang akan memandang diriku yang dahulu melebihi diriku yang sekarang dan akan datang... terutamanya orang-orang yang aku sayang... setiap orang akan melakukan kesilapan... kesilapan + penyesalan adalah yang terbaik... mgkin aku terlalu memikirkan pandangan manusia melebihi pandangan Allah..huhu...jika kita menjaga aib orang lain, Allah akan menjaga keaiban kita.. percayalah.. Allah sentiasa ada dengan kita...  

Monday 7 October 2013

hati ini

hati ini masih tidak tenteram... hati ini masih sakit... hati ini memerlukan ketenangan.. hati ini perlu dekat dengan Allah sentiasa.. supaya hati ini tidak disakiti oleh orang laen... alhamdulillah.. hati ini masih boleh dirawat.. banyakkan berdoa..bertaubat dengan kesalahan-kesalahan lalu... supaya hati kembali tenang.. =)

Thursday 3 October 2013

bencinta

pedihnya hati ini bila mengetahui hakikatnya..walaupun aku tidak mendengar dari mulutnya sendiri..aku dapat mengagak... mgkin dia bukan untuk aku... aku terpaksa terima hakikat ini..hatinya bukan milik aku lagi... mgkin betul sangkaan aku selama ini... selama ini aku mensia-siakan perasaan ku...mensia-siankan kesetiaan ku kpda org yang tidak pernah untuk menghargai aku.. menghargai perasaanku ini... adakah aku mencintai orang yang salah?? tetapi kenapa saat ini dan ketika ini hati aku masih padanya..hati aku masih setia padanya... aku rasa sangat2 bodoh kerana setia dgn org yang tidak menghargai aku... aku akui smpai sekarang aku masih lagi mengharapkan dia....wlupun harapan xpernah ada untuk aku.. aku tahu..tapi hatiku xdpt untuk menerima hakikat ini... namun, aku terpaksa terpaksa untuk menerima hakikat yang dia bukanlah untuk aku... hmmm..kecewa lagi..hatiku belum pulih... tapi makin sakit n parah... aku xsangka dia akan buat begini pada aku... masih lagi terngiang-ngiang kata-katanya dulu... masih lagi terbayang-bayang kenangan aku dan dia... Ya Allah, jika benar dia bukanlah untuk aku, jauhkanlah aku daripadanya dan damaikan hatiku ini... dia membuatkan aku menjadi anti kpda LELAKI... lelaki semuanya SAMA.... maafkan aku untuk hati-hati yang berharap..aku xmampu dan xkan memberi harapan.... hatiku hanyalah untuk bakal suami ku kelak...pergilah dalam hidup aku...memg bukan mudah untuk aku..tetapi aku akan tetap mencuba.... hidup perlu diteruskan... apa yang kamu buat membakar semangat dalam jiwa... saya benci dengan semua ini..

#xkanpernahadalagipeluangdanruang
#damaikanlahhatikuini

Thursday 26 September 2013

bukan waktunya sahabatku

bukan masanya untuk aku membuka hatiku ini untuk org laen... sebab aku takut untuk terluka..aku takut untuk kecewa lagi.. aku takut memberi harapan... aku takut untuk berharap... aku takut untuk disakiti.. aku takut untuk rasa sakit... aku takut dengan perasaan sendiri.. aku takut untuk berperasaan lebih apa yang aku rasa... kerana pengalaman telah mengajar aku sesuatu... mengajar aku untuk tidak mengharap dan memberi harapan...


memg memberi kesan dalam hidupku..aku bukan membenci lelaki... aku bukan anti lelaki..tetapi... lelakilah yang banyak melukakan hatiku.lelakilah yang  mengalpakan aku... aku tahu kelemahan aku adalah lelaki... tetapi hidup berpasangan adalah lumrah hidup...memang Allah jadikan manusia berpasangan... aku tidak dapat menolak takdir Allah... kerana Dia Maha Merancang segala kejadian umatNya.. aku bukan menolak takdir... tetapi.. pengalaman mengajar aku untuk lebih berhai-hati dan berwaspada... bukan waktunya untuk aku main-main dalam hal ini... aku memang serik..tetapi aku tidak pernah putus berdoa agar ditentukan jodoh yang terbaik untuk aku.. yang boleh menjadi pembimbing kepada diri ini yang kerdil... maaf.. tidak dapat ku terima kenyataan ini.. terkejut mungkin...masih ada yang selayaknya untuk yang lebih layak..

aku takut begini...aku takut kita tidak menjadi seperti biasa.. aku tidak salahkan mu.. aku lebih selesa berkawan... kerana bukan masanya untuk aku berfikir engenai semua ini.. biarrlah Allah menentukan jodoh yang terbaik kita.. andai suka masuk meminang.. itu sahaja.. dengan ikatan yang sah...

Monday 23 September 2013

telah ku berikan cintaku...



lagu ni sesuai kot dgn keadaan aku ni..huhu..yela..mcm ni bila rasa patah hati..putus cinta.. aisshh.. serik..maaf...