Wednesday 9 October 2013

cinta hati

alhamdulillah..hujan itu satu rahmat... bumi Tanjung Malim basah dilimpahi hujan rahmat...sungguh nyaman... sejuk... bagai memahami perasaan ku sekarang.. perasaan yang inginkan ketenangan hati... 'hujan itu' pemuas kepada ketenangan yang aku perolehi... Alhamdulillah... setelah terbongkar beberapa perkara... ini menyedarkan aku untuk tidak mengharapkan cinta manusia..tetapi perlu menagih cinta Allah..kerana Allah tidak pernah mengecewakan cinta umatNya yang sentiasa dekat denganNya.. itulah yang terbaik...

ini juga mendorong hatiku untuk say no utk cinta sebelum kahwin... ya Allah... permudahkan urusanku ini.. xtau knape..tapi hati ini inginkan perkahwinan.. aku xnak keinginanku ini hanya berlandaskan nafsu semata-mata atau sekadar mengubat hati yang lara... Ya Allah...berikanlah aku petunjuk... petunjuk terbaik untukku..sesungguhnya Engkau lah yang menentukan jodoh pertemuan, ajal maut setiap hambaMu...adakah ini dugaan dan cabaran daripadaMu... huhu... tenangkan jiwa ini daripada perkara yang boleh melalaikan diri ini... 

namun, dalam niat hatiku ini, aku berfikir sejenak...masih adakah dapat menerimaku seadanya??..segala kekurangan dan kesilapan-kesilapan laludalam diriku ini.. huhu... aku takut  dengan semua ini.. aku takut orang akan memandang diriku yang dahulu melebihi diriku yang sekarang dan akan datang... terutamanya orang-orang yang aku sayang... setiap orang akan melakukan kesilapan... kesilapan + penyesalan adalah yang terbaik... mgkin aku terlalu memikirkan pandangan manusia melebihi pandangan Allah..huhu...jika kita menjaga aib orang lain, Allah akan menjaga keaiban kita.. percayalah.. Allah sentiasa ada dengan kita...  

Monday 7 October 2013

hati ini

hati ini masih tidak tenteram... hati ini masih sakit... hati ini memerlukan ketenangan.. hati ini perlu dekat dengan Allah sentiasa.. supaya hati ini tidak disakiti oleh orang laen... alhamdulillah.. hati ini masih boleh dirawat.. banyakkan berdoa..bertaubat dengan kesalahan-kesalahan lalu... supaya hati kembali tenang.. =)

Thursday 3 October 2013

bencinta

pedihnya hati ini bila mengetahui hakikatnya..walaupun aku tidak mendengar dari mulutnya sendiri..aku dapat mengagak... mgkin dia bukan untuk aku... aku terpaksa terima hakikat ini..hatinya bukan milik aku lagi... mgkin betul sangkaan aku selama ini... selama ini aku mensia-siakan perasaan ku...mensia-siankan kesetiaan ku kpda org yang tidak pernah untuk menghargai aku.. menghargai perasaanku ini... adakah aku mencintai orang yang salah?? tetapi kenapa saat ini dan ketika ini hati aku masih padanya..hati aku masih setia padanya... aku rasa sangat2 bodoh kerana setia dgn org yang tidak menghargai aku... aku akui smpai sekarang aku masih lagi mengharapkan dia....wlupun harapan xpernah ada untuk aku.. aku tahu..tapi hatiku xdpt untuk menerima hakikat ini... namun, aku terpaksa terpaksa untuk menerima hakikat yang dia bukanlah untuk aku... hmmm..kecewa lagi..hatiku belum pulih... tapi makin sakit n parah... aku xsangka dia akan buat begini pada aku... masih lagi terngiang-ngiang kata-katanya dulu... masih lagi terbayang-bayang kenangan aku dan dia... Ya Allah, jika benar dia bukanlah untuk aku, jauhkanlah aku daripadanya dan damaikan hatiku ini... dia membuatkan aku menjadi anti kpda LELAKI... lelaki semuanya SAMA.... maafkan aku untuk hati-hati yang berharap..aku xmampu dan xkan memberi harapan.... hatiku hanyalah untuk bakal suami ku kelak...pergilah dalam hidup aku...memg bukan mudah untuk aku..tetapi aku akan tetap mencuba.... hidup perlu diteruskan... apa yang kamu buat membakar semangat dalam jiwa... saya benci dengan semua ini..

#xkanpernahadalagipeluangdanruang
#damaikanlahhatikuini