Sunday 23 June 2013

latihan dan semester 4

alhamdulillah..selesai sudah perjuangan semester ini...
latihan pun dah habis..yeyeye.... masa untuk balik kg..

bile nak balik kg ase sayu je hati ni..dah xde keje nak buat..huhu...
nak buat ape ye kat kg?? cari keje la..menjahit....jadi tukang jahit jap..nak mahirkan kemahiran yang ada...
insyaAllah..

aku akan cuba membzkan diri ini untuk melupakan kisah-kisah lama dan menusuk jiwa ini..hahaha...
tahniah kepada YO yang akan ditauliahkan nt... kepada geng2 fitik..selmat berfitik..sabah kot... beznye..insyaAllah sabah aku datang!hehe..

otw balik ipoh dah ni..bye2 KAb, bye2 kawan2, bye2 E404, bye2 semua..

assalamualaikum.. <3

Tuesday 18 June 2013

cinta musnah

begini rupanya rasa putus cinta! huhu... sediy, sakit, merana..huhu... aku xpernah rasa sebegini sebelum ni... aku pasrah...aku xpernah berkata apa-apa kerna aku takut aku makin terluka dan terluka... aku takkan menunggumu lagi bukan sebab aku xcinta atau sayang tetapi aku takut untuk terluka dan terus terluka lagi... biarlah ini untuk kali terakhir...


that's right!! putus tapi masih cinta..huhu..sakit kan?? aku dah serik... serik sangat2.. biarlah Dia yang menentukan yang terbaik untuk kita....tetapi cinta ku tetap kekal selamanya... huhu.. sabarlah duhai hati..


lupakan sahaja orang yang melukakan kita.... tetapi hargai orang yang mencintai kita sepenuh hati kita...
bagi aku..susah untuk melupakan semuanya..sakit dalam hati tetapi dalam masa yang sama rasa cinta masih ada..huhu... ada ke orang yang cintakan kita? entah... aku xpercaya lagi cinta... bercinta lepas kahwin la senang kan? xyah dok pikir-pikir menda yang mengarut ni... i'm still love you until now... ='(



insyaAllah.hari bahagia suatu hari nanti... cintai Allah melebihi segalanya dan insyaAllah Allah akan suburkan cinta yang suci kepada kita.. ameennn.. moga ada hari bahagia suatu hari nanti ketika berduka pada saat ini..

serahkan kepada Allah... jodoh pertemuan adalah rahsia Allah.. aku pun xpasti siapa jodoh aku.. sungguh aku masih lagi tidak bersedia... bersedia untuk membuka hati aku ini dan masih lagi banyak kekurangan dalam diri ini.. insyaAllah aku akan persiapkan diri ini..aku akan cuba menjadi yang terbaik... kembalilah kepada -Nya..sesungguhnya Allah sangat suka hamba yang mendekatinya sentiasa.. =)


betul! awak adalah kelemahan saya.tetapi saya akan menjadikan kelemahan saya sebagai kekuatan saya untuk terus perjalanan hidup... masih ada yang sayangkan saya terutama kedua ibu bapa n kawan-kawan.

saya takkan tunggu awak lagi..biarlah jodoh yang menentukan segalanya...harapan akan terkubur di sini... saya tidak mahu lagi berharap dan terus berharap... kerna ia akan melukakan hatiku lagi.. insyaAllah..andai ada jodoh kita akan jumpa lagi...
saya lebih suka berdiam diri.. untuk menjaga hati..

xdapat nak bergambar nanti tauliah kan?
konvo pom sama...
harapan tinggal kenangan...

gudluck awak.. buat yang terbaik dalam setiap perkara..jgn lupa ikhlaskan diri... jaga solat... jaga peribadi.. jadilah anak yang soleh.. insyaAllah... saya maafkan awak...  semoga bahagia..

Monday 17 June 2013

HaNya Aku

bersama janji kau sentuh rasa percaya
hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
hanya aku dihuni sepi rasa kasih mu
hanya ku yang mencari
rembulan masih ada mungkin seketika
walau ku bahagia mengejar bayanganmu
tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
hanya aku...

apakah mungkin berulang janji setia
apa kan kekal ataupun menyambut duka
dan dirimu dijanjikan sang sempurna 
dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu
hanya ku yang mencari
rembulan masih ada mungkin seketika
walau ku bahagia mengejar bayanganmu
tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
hanya aku...

dihuni rasa rindu
hanya ku yang mencari
rembulan masih ada mungkin seketika
walau ku bahagia mengejar bayanganmu
tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu

dingin rasa kasihmu bagai bintang bersemi
rindu janji bicara kekal selamanya
walau sekadar mimpi tak pernah ku peduli
selamanya kan ku pasti merindui dirimu
hanya aku


lagu yang sangat2 terkesan dalam hati buat masa sekarang..adakah begini pengakhirannya??huhu..

sediy..sakit...sakit..sakit... sakit sangat bile mengenangkan semuanya... bukan aku xdapat untuk menerima hakikat..tetapi sangat2 sukar untuk aku menerima hakikat! aku telah menganggap dia sebagai pelengkap hidup..aku xmain-main spt dahulu...apakah cubaan dan dugaan ini ya Allah... sungguh perit hati ini,,,perit spt hati dirobek-robek dalam...huhu...

walaupun hanya diawangan aku masih lagi meletakkan harapan...berharap dan terus berharap sehingga aku terluka....mcm lagu ni.. walau ku bahagia mengejar bayanganmu..namun xmungkin ku beroleh saat indah bersamamu...begini ke pengakhirannya? seksakan? aku sendiri yang terluka dan sakit disebabkan oleh fobia n perasaan takut...bukan xpernah diberi peluang dan ruang tetapi disia-siakan...masih dipalit dengan perasaan fobia dan takut...menjaga hatinya sehingga hatiku sendiri tidak terjaga... aku benci perasaan ini... BENCI!!BENCI!! 

setiap orang pom ada pengalaman pahit! aku pom sama..mgkin situasi kita berbeza..jangan biarkan hati itu mengalami perkara yang sama...memg aku banyak buat salah..tetapi itu dulu... setiap orang pom membuat kesilapan... namun peluang tiada untuk aku... aku hanya mampu untuk berdoa... Dia adalah sebaik-baik perancangan... sungguh aku xsuke perasaan sebegini... perasaan yang xpernah aku alami sebelum ini seteruk ini... relakan jiwa untuk menerima keadaan sekarang tetapi aku masih tidak bersedia untuk berhadapan..aku telah manggakan hatiku ini dan hanya kunci yang sepadan sahaja dapat membukanya.. insyaAllah.. sabar duhai hati..belum tiba masanya.. Allah datangkan ujian supaya kita kuat.. ya Allah.. lahirlah cinta kepada Mu melebihi segalanya.... maafkan aku ya Allah.. terima kasih ya Allah.... hanya Engkau yang tahu selayaknya untuk aku.. maafkan aku ya Allah... 

kenangan tetap menjadi kenangan.walau sekadar mimpi tak pernah ku peduli,selamanya kan ku pasti merindui dirimu. maafkan atas segalanya. aku selalu mendoakan yang terbaik untukmu...sukar untuk ku bila hati dah terluka... aku tidak mencari yang terbaik tetapi aku akan menjadi yang terbaik. enjoy with your life.


~MAAFKAN AKU ATAS SEGALANYA~






Saturday 8 June 2013

andai jerawat menjadi pencatat dosa

subhanAllah.terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan selama ini ya Allah.. aku xtahu dosa yang telah aku buat selama ini diampuni oleh mu ya Allah..dosa yang sangat besar!... apabila aku mengingat kembali dosa-dosa yang aku lakukan, hatiku terusik dan menangis, betapa jahilnya diri ini hidup di dunia Mu sebagai khalifah Mu... aku berjanji tidak mahu lagi mengulangi dosa-dosa lampau ku dalam hati..kadang-kadang aku xdapat mengotakan janji aku ini ya Allah... istiqamahkan lah aku dalam perkara yang baik... janganlah aku diuji dengan perkara-perkara yang tidak  mampu untuk aku tangani... sungguh aku lemah..sungguh aku lemah..sungguh aku lemah... aku cuba untuk memperbaiki diri ini ya Allah... kuatkanlah diri ini ya Allah.. kuatkanlah diri ini ya Allah..kuatkanlah diri ini dalam menempuhi segala cabaran mu di jalan yang engkau redhai ya Allah. sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dosa-dosa ku ini... jauhkanlah aku daripada sifat malu untuk meminta keampunan daripadaMu ya Allah...sungguh..kadang-kadang aku malu untuk meminta ampun daripadaMu walaupun hatiku ini memang rasa berdosa dan bersalah.. aku malu dengan dosa-dosaku ya Allah.. astagfirullahalazim.... begitu kerdilnya diriku ini... berada dalam bayang-bayang dosa lampau ku sehingga aku rasa malu untuk meminta taubat kepadaMu... kuatkanlah hatiku ini... malulah dengan Allah..takutlah dengan Allah... agar aku tidak menambah dosa-dosaku lagi... bersihkan lah jiwaku ini daripada perkara-perkara yang buruk.. aku ingin berubah dan aku masih lagi dalam proses mengubah diriku ini menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa di sisiMu.. InsyaAllah...


andai jerawat itu adalah bilangan dosa yang kita buat... kita mesti xnak  buat dosa kan????
fitrah manusia inginkan kecantikan yang semulajadi malah sanggup menggunakan kecantikan buatan untuk kelihatan lebih cantik dan cantik!
kalau jerawat naik sebijik riuh sekampung ckap xlawa la...geram la...habislah sumpah seranah..hehehe.. 
cuba kita fikir sejenak jika setiap dosa yang kita lakukan itu dilihatkan dalam bentuk jerawat... mesti kita xnak dah wat dosa... mesti xcantik dah muka kita... dosa yang kita buat akan meninggalkan tompok hitam pada hati kita.... tapi itu kita xnampak!!! kalu jerawat????? nampakkan....  anggaplah begitu andai kita xnak lagi buat dosa agar muka kita bersih dan cantik dan suci seperti hati kita... orang kata... muka yang suci lahir dari hati yang suci... betol x???
kalau kita buat dosa...segeralah bertaubat..bukan bertaubat biasa-biasa jer..tapi taubat nasuha (pesanan untuk diri sendiri!) insyaAllah Allah akan memberi keampunan atas usaha kita... amin....
jangan sesekali kita berfikiran negatif dengan Allah... Dia sahajalah tempat kita mengadu dan meminta keampunan ketika senang mahupun susah....
rasa mcm ruangan ini panjang skali naip..hehe... xpelah..sebagai pedoman dan panduan kita.. 

##renung-renungkan dan selamat beramal!!##
>lenachesse91<

Sunday 2 June 2013

liku hidup semester 4

subhanAllah... aku harap masih ada keampunan kepada diriku ini yang kerdil di sisiMu... sungguh semester ini terlalu berat bagi ku dalam menempuhi dugaan hidup. kerja yang bertimbun, xtido malam berminggu2, berhijrah ke rumah kawan berminggu2, berulang alik jer, rumah aku mcm hotel dah..huhu.. aku harap usaha kami terbalas...huhu... namun, banyak yang aku nampak yang dapat memberi pengalaman dan pengajaran bagiku sepanjang semester ini..hidup sebagai bakal pendidik (konfom ke??), insyaAllah bukan senang. banyak cabaran yang dilalui..lebih2 lagi cikgu ERT ni..huhu..apa yang aku alpa, setiap kali menerima tugasan dan menyiapkan tugasan selalu aku mengeluh..huhu... nape la selalu mcm ni..huu..aku bermuhasabah diri.. atas dorongan dan nasihat lecturer sangat terkesan dalam hatiku ini, kata-katanya membuatkan aku menitiskan air mata. "kita kalau buat kerja kenalah ikhlas, insyaAllah siap dengan cepat". sejak itu, aku sedar kerja yang banyak mengeluh tidak akan mendatangkan hasil yang baik. aku cuba untuk bermuhasabah diri supaya tidak mengeluh dan terus niatkan dalam hati dengan menganggap tugasan yang diberikan akan membuahkan pengetahuan dan pengalaman kepada kita. terima kasih puan DALILAH.

dorongan rakan-rakan banyak memberikanku peringatan dalam menyiapkan kerja yang bertimbun. mereka juga mengalami perkara yang sama mcm aku.. satu kos, satu tempat tidur, makan sekali, borak sekali, ketawa sekali, susah sekali, senang sekali, sama-sama tolong. alhamdulillah Allah merancang segala-galanya. Dia hadirkan sahabat-sahabat untuk menolong diriku yang alpa ini. syukur sangat. aku harap sahabat-sahabat ku akan berkekalan hingga ke syurga. banyak gelak dan tawa, susah dan senang yang diharungi xkan pernah untuk aku lupakan. berkawan sehingga ke syurga.. insyaAllah.


usahaku juga diiringi oleh doa kedua ibu bapaku yang jauh di pantai timur. sungguh banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan. tidak mampu untuk aku balas.. cuma kejayaan yang mampu untuk aku berikan kepada mereka. insyaAllah... mak n we..doakan acik selalu.. =)

selamat menempuhi peperiksaan untuk sem ni.. doa + usaha + tawakal= insyaAllah  berjaya.. gudluck semua sahabat-sahabat yang aku sayang kerana Allah..