Monday, 23 December 2013

bibit hati yang keliru

sudah lama rasanya diri ini tidak bermain dengan jari-jemari di dalam blog... banyak perkara yang berlaku..huhu... sungguh hatiku diam kerana terluka dahulu.. n masih ada insan yg sangat menyayangi ku melebihi aku menyayanginya... aku sangat hargai dengan kehadirannya yang banyak memberi aku semangat dan bangkit kembali daripada kekecewaan yang melanda diri ini...mgkin perhubungan yang lepas adalah pengajaran kepada diri ini.. dia juga telah membuat aku bangkit daripada kegagalan dengan mudah aku melupakan dia walaupun perit.

USMAN.... nama yang sentiasa ada pada bibir ini... yang banyak memberi kata-kata positif kepadaku sepanjang aku berduka... yang banyak memberi rasa bahagia daripada derita... susah untuk aku menerima kehadiran insan baru yang tak pernah aku rapat sebelum ini... dan berlaku secara kebetulan sahaja..insyaAllah.semoga dia adalah jodoh terbaikku....

namun, aku masih lagi meragui dengan sikapnya...memg aku akui... dia adalah lelaki yang sangat manja, sangat mengambil berat tentang diri ini, sangat berfikiran positif dan yang paling penting dia menghargai aku seadanya... apa yang aku ragui peristiwa lama kembali menghimpit diri ini..aku xnak untuk melibatkan diri dalam perkara yang boleh membuatkan aku rasa serba salah, rasa antara nafsu dan iman...huhu...nauzubillah... bagaimana untuk aku atasi semua ini?? hatiku berdolak-dalik.. hatiku gelisah dan tidak tenteram... aku inginkan perhubungan yang diredhai oleh Allah..aku inginkan insan yang boleh membawa aku ke arah kebaikan... huhu... betapa jahilnya diri ini di sisi Allah..huhu....

ya Allah..kuatkan lah hati ini..kuatkan imanku ini..jauhkanlah aku daripada perkara mungkar... aminn...