Monday 23 December 2013

bibit hati yang keliru

sudah lama rasanya diri ini tidak bermain dengan jari-jemari di dalam blog... banyak perkara yang berlaku..huhu... sungguh hatiku diam kerana terluka dahulu.. n masih ada insan yg sangat menyayangi ku melebihi aku menyayanginya... aku sangat hargai dengan kehadirannya yang banyak memberi aku semangat dan bangkit kembali daripada kekecewaan yang melanda diri ini...mgkin perhubungan yang lepas adalah pengajaran kepada diri ini.. dia juga telah membuat aku bangkit daripada kegagalan dengan mudah aku melupakan dia walaupun perit.

USMAN.... nama yang sentiasa ada pada bibir ini... yang banyak memberi kata-kata positif kepadaku sepanjang aku berduka... yang banyak memberi rasa bahagia daripada derita... susah untuk aku menerima kehadiran insan baru yang tak pernah aku rapat sebelum ini... dan berlaku secara kebetulan sahaja..insyaAllah.semoga dia adalah jodoh terbaikku....

namun, aku masih lagi meragui dengan sikapnya...memg aku akui... dia adalah lelaki yang sangat manja, sangat mengambil berat tentang diri ini, sangat berfikiran positif dan yang paling penting dia menghargai aku seadanya... apa yang aku ragui peristiwa lama kembali menghimpit diri ini..aku xnak untuk melibatkan diri dalam perkara yang boleh membuatkan aku rasa serba salah, rasa antara nafsu dan iman...huhu...nauzubillah... bagaimana untuk aku atasi semua ini?? hatiku berdolak-dalik.. hatiku gelisah dan tidak tenteram... aku inginkan perhubungan yang diredhai oleh Allah..aku inginkan insan yang boleh membawa aku ke arah kebaikan... huhu... betapa jahilnya diri ini di sisi Allah..huhu....

ya Allah..kuatkan lah hati ini..kuatkan imanku ini..jauhkanlah aku daripada perkara mungkar... aminn...

Wednesday 9 October 2013

cinta hati

alhamdulillah..hujan itu satu rahmat... bumi Tanjung Malim basah dilimpahi hujan rahmat...sungguh nyaman... sejuk... bagai memahami perasaan ku sekarang.. perasaan yang inginkan ketenangan hati... 'hujan itu' pemuas kepada ketenangan yang aku perolehi... Alhamdulillah... setelah terbongkar beberapa perkara... ini menyedarkan aku untuk tidak mengharapkan cinta manusia..tetapi perlu menagih cinta Allah..kerana Allah tidak pernah mengecewakan cinta umatNya yang sentiasa dekat denganNya.. itulah yang terbaik...

ini juga mendorong hatiku untuk say no utk cinta sebelum kahwin... ya Allah... permudahkan urusanku ini.. xtau knape..tapi hati ini inginkan perkahwinan.. aku xnak keinginanku ini hanya berlandaskan nafsu semata-mata atau sekadar mengubat hati yang lara... Ya Allah...berikanlah aku petunjuk... petunjuk terbaik untukku..sesungguhnya Engkau lah yang menentukan jodoh pertemuan, ajal maut setiap hambaMu...adakah ini dugaan dan cabaran daripadaMu... huhu... tenangkan jiwa ini daripada perkara yang boleh melalaikan diri ini... 

namun, dalam niat hatiku ini, aku berfikir sejenak...masih adakah dapat menerimaku seadanya??..segala kekurangan dan kesilapan-kesilapan laludalam diriku ini.. huhu... aku takut  dengan semua ini.. aku takut orang akan memandang diriku yang dahulu melebihi diriku yang sekarang dan akan datang... terutamanya orang-orang yang aku sayang... setiap orang akan melakukan kesilapan... kesilapan + penyesalan adalah yang terbaik... mgkin aku terlalu memikirkan pandangan manusia melebihi pandangan Allah..huhu...jika kita menjaga aib orang lain, Allah akan menjaga keaiban kita.. percayalah.. Allah sentiasa ada dengan kita...  

Monday 7 October 2013

hati ini

hati ini masih tidak tenteram... hati ini masih sakit... hati ini memerlukan ketenangan.. hati ini perlu dekat dengan Allah sentiasa.. supaya hati ini tidak disakiti oleh orang laen... alhamdulillah.. hati ini masih boleh dirawat.. banyakkan berdoa..bertaubat dengan kesalahan-kesalahan lalu... supaya hati kembali tenang.. =)

Thursday 3 October 2013

bencinta

pedihnya hati ini bila mengetahui hakikatnya..walaupun aku tidak mendengar dari mulutnya sendiri..aku dapat mengagak... mgkin dia bukan untuk aku... aku terpaksa terima hakikat ini..hatinya bukan milik aku lagi... mgkin betul sangkaan aku selama ini... selama ini aku mensia-siakan perasaan ku...mensia-siankan kesetiaan ku kpda org yang tidak pernah untuk menghargai aku.. menghargai perasaanku ini... adakah aku mencintai orang yang salah?? tetapi kenapa saat ini dan ketika ini hati aku masih padanya..hati aku masih setia padanya... aku rasa sangat2 bodoh kerana setia dgn org yang tidak menghargai aku... aku akui smpai sekarang aku masih lagi mengharapkan dia....wlupun harapan xpernah ada untuk aku.. aku tahu..tapi hatiku xdpt untuk menerima hakikat ini... namun, aku terpaksa terpaksa untuk menerima hakikat yang dia bukanlah untuk aku... hmmm..kecewa lagi..hatiku belum pulih... tapi makin sakit n parah... aku xsangka dia akan buat begini pada aku... masih lagi terngiang-ngiang kata-katanya dulu... masih lagi terbayang-bayang kenangan aku dan dia... Ya Allah, jika benar dia bukanlah untuk aku, jauhkanlah aku daripadanya dan damaikan hatiku ini... dia membuatkan aku menjadi anti kpda LELAKI... lelaki semuanya SAMA.... maafkan aku untuk hati-hati yang berharap..aku xmampu dan xkan memberi harapan.... hatiku hanyalah untuk bakal suami ku kelak...pergilah dalam hidup aku...memg bukan mudah untuk aku..tetapi aku akan tetap mencuba.... hidup perlu diteruskan... apa yang kamu buat membakar semangat dalam jiwa... saya benci dengan semua ini..

#xkanpernahadalagipeluangdanruang
#damaikanlahhatikuini

Thursday 26 September 2013

bukan waktunya sahabatku

bukan masanya untuk aku membuka hatiku ini untuk org laen... sebab aku takut untuk terluka..aku takut untuk kecewa lagi.. aku takut memberi harapan... aku takut untuk berharap... aku takut untuk disakiti.. aku takut untuk rasa sakit... aku takut dengan perasaan sendiri.. aku takut untuk berperasaan lebih apa yang aku rasa... kerana pengalaman telah mengajar aku sesuatu... mengajar aku untuk tidak mengharap dan memberi harapan...


memg memberi kesan dalam hidupku..aku bukan membenci lelaki... aku bukan anti lelaki..tetapi... lelakilah yang banyak melukakan hatiku.lelakilah yang  mengalpakan aku... aku tahu kelemahan aku adalah lelaki... tetapi hidup berpasangan adalah lumrah hidup...memang Allah jadikan manusia berpasangan... aku tidak dapat menolak takdir Allah... kerana Dia Maha Merancang segala kejadian umatNya.. aku bukan menolak takdir... tetapi.. pengalaman mengajar aku untuk lebih berhai-hati dan berwaspada... bukan waktunya untuk aku main-main dalam hal ini... aku memang serik..tetapi aku tidak pernah putus berdoa agar ditentukan jodoh yang terbaik untuk aku.. yang boleh menjadi pembimbing kepada diri ini yang kerdil... maaf.. tidak dapat ku terima kenyataan ini.. terkejut mungkin...masih ada yang selayaknya untuk yang lebih layak..

aku takut begini...aku takut kita tidak menjadi seperti biasa.. aku tidak salahkan mu.. aku lebih selesa berkawan... kerana bukan masanya untuk aku berfikir engenai semua ini.. biarrlah Allah menentukan jodoh yang terbaik kita.. andai suka masuk meminang.. itu sahaja.. dengan ikatan yang sah...

Monday 23 September 2013

telah ku berikan cintaku...



lagu ni sesuai kot dgn keadaan aku ni..huhu..yela..mcm ni bila rasa patah hati..putus cinta.. aisshh.. serik..maaf...

Tuesday 10 September 2013

suka dan duka

alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi dgn limpah kurnianya aku masih lagi meneruskan perjuanganku sebgai anak, pelajar dan juga sebgai seorang wanita. dah lama rasanya tak mengupdate stori mori dalam blog ni... alhamdulillah..masih diberi rezeki untuk menambahbaik sgla kehidupanku di dunia mahupun di akhirat. dah lama rasanya tak menaip mggunakan laptop..huhu.. biase on9 gune fon jer..huhu... laptop baru..azam baru. semagat baru...rumah baru..roomate baru... semua bnda baharu kecuali keluarga tersayang yang tetap bersamaku walau di mana ku berada... alhamdulillah... dah masuk semester 5..ternyata lebih mencabar dan banyak dugaan berbandimg sem2 lepas yang memg berat bgiku..dan sekali lagi..alhamdulillah aku dapt melepasi saat2 getirku atas sokongan keluarga dan rakan2 serta hasil yang setimpalnya dengan ushaku pada semester2 lepas.. xtau knapa..mlm ni rasa ingin menulis..hmmm... mgkin sbb lama dah xmenaip kot..gatal dah tagn ni..haha..

sepanjang cuti ni..badan pom dah makin bam bam..mcm dah kene pam..haha... berat naik lagi..senng giler..bkan main sush lgi nak turu..seng jer nak urun kalu aku mengamalkan diet yang sgt berkesan pda sem lepas..iaitu membzkan diri dgn menjahit jer...xtdo mlam..makan pom xteratur..huhu..tpi bhya utk kesihatanku.. huhu.. lpas jer rilex..bdan jadi lemau jerr.huhu,... raya ni aku rasa sgt bermakna kerna dpt merasai bgaimna balik kg n suasana org yg xsbr2 nak balik kg.. yela...aku kne biasekan diri dgn semua ini... nt kalu kerja jauh2 cmane kan??hehe... insyaallah... andai dpt nak posting sabah n srwak..hehe.. nak naik belonnn.hehe... kalu xdpt lg..smbung master dlm bidng ERT or Ekonomi..insyaAllah... KAHWIN??? haha..terpaksa lupakan dulu utk mengubat hati yng tengah lara ni..haha... nt ada jodoh kahwin la...tp xkawin muda la... banyak perancangn ku utk masa dpan..calon pom xde lagi..sooo.. kite enjoyyy dulu jdi singgle ni..hehe..

sem ni banyak jugak la kne fokuskan.... pelajaran.. PALAPES.. PENTAULIHAN... KELAB PERT.. fuhh.. mencabar betul... semoga dipermudahkan urusanku...


biarlah luka sekarang..bahagia nanti.. insyaAllah... ****be matured to do anyting****

Sunday 23 June 2013

latihan dan semester 4

alhamdulillah..selesai sudah perjuangan semester ini...
latihan pun dah habis..yeyeye.... masa untuk balik kg..

bile nak balik kg ase sayu je hati ni..dah xde keje nak buat..huhu...
nak buat ape ye kat kg?? cari keje la..menjahit....jadi tukang jahit jap..nak mahirkan kemahiran yang ada...
insyaAllah..

aku akan cuba membzkan diri ini untuk melupakan kisah-kisah lama dan menusuk jiwa ini..hahaha...
tahniah kepada YO yang akan ditauliahkan nt... kepada geng2 fitik..selmat berfitik..sabah kot... beznye..insyaAllah sabah aku datang!hehe..

otw balik ipoh dah ni..bye2 KAb, bye2 kawan2, bye2 E404, bye2 semua..

assalamualaikum.. <3

Tuesday 18 June 2013

cinta musnah

begini rupanya rasa putus cinta! huhu... sediy, sakit, merana..huhu... aku xpernah rasa sebegini sebelum ni... aku pasrah...aku xpernah berkata apa-apa kerna aku takut aku makin terluka dan terluka... aku takkan menunggumu lagi bukan sebab aku xcinta atau sayang tetapi aku takut untuk terluka dan terus terluka lagi... biarlah ini untuk kali terakhir...


that's right!! putus tapi masih cinta..huhu..sakit kan?? aku dah serik... serik sangat2.. biarlah Dia yang menentukan yang terbaik untuk kita....tetapi cinta ku tetap kekal selamanya... huhu.. sabarlah duhai hati..


lupakan sahaja orang yang melukakan kita.... tetapi hargai orang yang mencintai kita sepenuh hati kita...
bagi aku..susah untuk melupakan semuanya..sakit dalam hati tetapi dalam masa yang sama rasa cinta masih ada..huhu... ada ke orang yang cintakan kita? entah... aku xpercaya lagi cinta... bercinta lepas kahwin la senang kan? xyah dok pikir-pikir menda yang mengarut ni... i'm still love you until now... ='(



insyaAllah.hari bahagia suatu hari nanti... cintai Allah melebihi segalanya dan insyaAllah Allah akan suburkan cinta yang suci kepada kita.. ameennn.. moga ada hari bahagia suatu hari nanti ketika berduka pada saat ini..

serahkan kepada Allah... jodoh pertemuan adalah rahsia Allah.. aku pun xpasti siapa jodoh aku.. sungguh aku masih lagi tidak bersedia... bersedia untuk membuka hati aku ini dan masih lagi banyak kekurangan dalam diri ini.. insyaAllah aku akan persiapkan diri ini..aku akan cuba menjadi yang terbaik... kembalilah kepada -Nya..sesungguhnya Allah sangat suka hamba yang mendekatinya sentiasa.. =)


betul! awak adalah kelemahan saya.tetapi saya akan menjadikan kelemahan saya sebagai kekuatan saya untuk terus perjalanan hidup... masih ada yang sayangkan saya terutama kedua ibu bapa n kawan-kawan.

saya takkan tunggu awak lagi..biarlah jodoh yang menentukan segalanya...harapan akan terkubur di sini... saya tidak mahu lagi berharap dan terus berharap... kerna ia akan melukakan hatiku lagi.. insyaAllah..andai ada jodoh kita akan jumpa lagi...
saya lebih suka berdiam diri.. untuk menjaga hati..

xdapat nak bergambar nanti tauliah kan?
konvo pom sama...
harapan tinggal kenangan...

gudluck awak.. buat yang terbaik dalam setiap perkara..jgn lupa ikhlaskan diri... jaga solat... jaga peribadi.. jadilah anak yang soleh.. insyaAllah... saya maafkan awak...  semoga bahagia..

Monday 17 June 2013

HaNya Aku

bersama janji kau sentuh rasa percaya
hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
hanya aku dihuni sepi rasa kasih mu
hanya ku yang mencari
rembulan masih ada mungkin seketika
walau ku bahagia mengejar bayanganmu
tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
hanya aku...

apakah mungkin berulang janji setia
apa kan kekal ataupun menyambut duka
dan dirimu dijanjikan sang sempurna 
dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu
hanya ku yang mencari
rembulan masih ada mungkin seketika
walau ku bahagia mengejar bayanganmu
tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
hanya aku...

dihuni rasa rindu
hanya ku yang mencari
rembulan masih ada mungkin seketika
walau ku bahagia mengejar bayanganmu
tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu

dingin rasa kasihmu bagai bintang bersemi
rindu janji bicara kekal selamanya
walau sekadar mimpi tak pernah ku peduli
selamanya kan ku pasti merindui dirimu
hanya aku


lagu yang sangat2 terkesan dalam hati buat masa sekarang..adakah begini pengakhirannya??huhu..

sediy..sakit...sakit..sakit... sakit sangat bile mengenangkan semuanya... bukan aku xdapat untuk menerima hakikat..tetapi sangat2 sukar untuk aku menerima hakikat! aku telah menganggap dia sebagai pelengkap hidup..aku xmain-main spt dahulu...apakah cubaan dan dugaan ini ya Allah... sungguh perit hati ini,,,perit spt hati dirobek-robek dalam...huhu...

walaupun hanya diawangan aku masih lagi meletakkan harapan...berharap dan terus berharap sehingga aku terluka....mcm lagu ni.. walau ku bahagia mengejar bayanganmu..namun xmungkin ku beroleh saat indah bersamamu...begini ke pengakhirannya? seksakan? aku sendiri yang terluka dan sakit disebabkan oleh fobia n perasaan takut...bukan xpernah diberi peluang dan ruang tetapi disia-siakan...masih dipalit dengan perasaan fobia dan takut...menjaga hatinya sehingga hatiku sendiri tidak terjaga... aku benci perasaan ini... BENCI!!BENCI!! 

setiap orang pom ada pengalaman pahit! aku pom sama..mgkin situasi kita berbeza..jangan biarkan hati itu mengalami perkara yang sama...memg aku banyak buat salah..tetapi itu dulu... setiap orang pom membuat kesilapan... namun peluang tiada untuk aku... aku hanya mampu untuk berdoa... Dia adalah sebaik-baik perancangan... sungguh aku xsuke perasaan sebegini... perasaan yang xpernah aku alami sebelum ini seteruk ini... relakan jiwa untuk menerima keadaan sekarang tetapi aku masih tidak bersedia untuk berhadapan..aku telah manggakan hatiku ini dan hanya kunci yang sepadan sahaja dapat membukanya.. insyaAllah.. sabar duhai hati..belum tiba masanya.. Allah datangkan ujian supaya kita kuat.. ya Allah.. lahirlah cinta kepada Mu melebihi segalanya.... maafkan aku ya Allah.. terima kasih ya Allah.... hanya Engkau yang tahu selayaknya untuk aku.. maafkan aku ya Allah... 

kenangan tetap menjadi kenangan.walau sekadar mimpi tak pernah ku peduli,selamanya kan ku pasti merindui dirimu. maafkan atas segalanya. aku selalu mendoakan yang terbaik untukmu...sukar untuk ku bila hati dah terluka... aku tidak mencari yang terbaik tetapi aku akan menjadi yang terbaik. enjoy with your life.


~MAAFKAN AKU ATAS SEGALANYA~






Saturday 8 June 2013

andai jerawat menjadi pencatat dosa

subhanAllah.terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan selama ini ya Allah.. aku xtahu dosa yang telah aku buat selama ini diampuni oleh mu ya Allah..dosa yang sangat besar!... apabila aku mengingat kembali dosa-dosa yang aku lakukan, hatiku terusik dan menangis, betapa jahilnya diri ini hidup di dunia Mu sebagai khalifah Mu... aku berjanji tidak mahu lagi mengulangi dosa-dosa lampau ku dalam hati..kadang-kadang aku xdapat mengotakan janji aku ini ya Allah... istiqamahkan lah aku dalam perkara yang baik... janganlah aku diuji dengan perkara-perkara yang tidak  mampu untuk aku tangani... sungguh aku lemah..sungguh aku lemah..sungguh aku lemah... aku cuba untuk memperbaiki diri ini ya Allah... kuatkanlah diri ini ya Allah.. kuatkanlah diri ini ya Allah..kuatkanlah diri ini dalam menempuhi segala cabaran mu di jalan yang engkau redhai ya Allah. sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dosa-dosa ku ini... jauhkanlah aku daripada sifat malu untuk meminta keampunan daripadaMu ya Allah...sungguh..kadang-kadang aku malu untuk meminta ampun daripadaMu walaupun hatiku ini memang rasa berdosa dan bersalah.. aku malu dengan dosa-dosaku ya Allah.. astagfirullahalazim.... begitu kerdilnya diriku ini... berada dalam bayang-bayang dosa lampau ku sehingga aku rasa malu untuk meminta taubat kepadaMu... kuatkanlah hatiku ini... malulah dengan Allah..takutlah dengan Allah... agar aku tidak menambah dosa-dosaku lagi... bersihkan lah jiwaku ini daripada perkara-perkara yang buruk.. aku ingin berubah dan aku masih lagi dalam proses mengubah diriku ini menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa di sisiMu.. InsyaAllah...


andai jerawat itu adalah bilangan dosa yang kita buat... kita mesti xnak  buat dosa kan????
fitrah manusia inginkan kecantikan yang semulajadi malah sanggup menggunakan kecantikan buatan untuk kelihatan lebih cantik dan cantik!
kalau jerawat naik sebijik riuh sekampung ckap xlawa la...geram la...habislah sumpah seranah..hehehe.. 
cuba kita fikir sejenak jika setiap dosa yang kita lakukan itu dilihatkan dalam bentuk jerawat... mesti kita xnak dah wat dosa... mesti xcantik dah muka kita... dosa yang kita buat akan meninggalkan tompok hitam pada hati kita.... tapi itu kita xnampak!!! kalu jerawat????? nampakkan....  anggaplah begitu andai kita xnak lagi buat dosa agar muka kita bersih dan cantik dan suci seperti hati kita... orang kata... muka yang suci lahir dari hati yang suci... betol x???
kalau kita buat dosa...segeralah bertaubat..bukan bertaubat biasa-biasa jer..tapi taubat nasuha (pesanan untuk diri sendiri!) insyaAllah Allah akan memberi keampunan atas usaha kita... amin....
jangan sesekali kita berfikiran negatif dengan Allah... Dia sahajalah tempat kita mengadu dan meminta keampunan ketika senang mahupun susah....
rasa mcm ruangan ini panjang skali naip..hehe... xpelah..sebagai pedoman dan panduan kita.. 

##renung-renungkan dan selamat beramal!!##
>lenachesse91<

Sunday 2 June 2013

liku hidup semester 4

subhanAllah... aku harap masih ada keampunan kepada diriku ini yang kerdil di sisiMu... sungguh semester ini terlalu berat bagi ku dalam menempuhi dugaan hidup. kerja yang bertimbun, xtido malam berminggu2, berhijrah ke rumah kawan berminggu2, berulang alik jer, rumah aku mcm hotel dah..huhu.. aku harap usaha kami terbalas...huhu... namun, banyak yang aku nampak yang dapat memberi pengalaman dan pengajaran bagiku sepanjang semester ini..hidup sebagai bakal pendidik (konfom ke??), insyaAllah bukan senang. banyak cabaran yang dilalui..lebih2 lagi cikgu ERT ni..huhu..apa yang aku alpa, setiap kali menerima tugasan dan menyiapkan tugasan selalu aku mengeluh..huhu... nape la selalu mcm ni..huu..aku bermuhasabah diri.. atas dorongan dan nasihat lecturer sangat terkesan dalam hatiku ini, kata-katanya membuatkan aku menitiskan air mata. "kita kalau buat kerja kenalah ikhlas, insyaAllah siap dengan cepat". sejak itu, aku sedar kerja yang banyak mengeluh tidak akan mendatangkan hasil yang baik. aku cuba untuk bermuhasabah diri supaya tidak mengeluh dan terus niatkan dalam hati dengan menganggap tugasan yang diberikan akan membuahkan pengetahuan dan pengalaman kepada kita. terima kasih puan DALILAH.

dorongan rakan-rakan banyak memberikanku peringatan dalam menyiapkan kerja yang bertimbun. mereka juga mengalami perkara yang sama mcm aku.. satu kos, satu tempat tidur, makan sekali, borak sekali, ketawa sekali, susah sekali, senang sekali, sama-sama tolong. alhamdulillah Allah merancang segala-galanya. Dia hadirkan sahabat-sahabat untuk menolong diriku yang alpa ini. syukur sangat. aku harap sahabat-sahabat ku akan berkekalan hingga ke syurga. banyak gelak dan tawa, susah dan senang yang diharungi xkan pernah untuk aku lupakan. berkawan sehingga ke syurga.. insyaAllah.


usahaku juga diiringi oleh doa kedua ibu bapaku yang jauh di pantai timur. sungguh banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan. tidak mampu untuk aku balas.. cuma kejayaan yang mampu untuk aku berikan kepada mereka. insyaAllah... mak n we..doakan acik selalu.. =)

selamat menempuhi peperiksaan untuk sem ni.. doa + usaha + tawakal= insyaAllah  berjaya.. gudluck semua sahabat-sahabat yang aku sayang kerana Allah..

Sunday 19 May 2013

tiada niat

Assalamualaikum..

tiada niat untuk aku mengganggu hidupmu..namun aku hanya ingin meluahkan perasaan kestressan dalam 

jiwaku ni..huhu..maaf sekali lagi...mungkin aku datang tidak kena pada waktunya, mungkin itu hanya luahan

 rasa ketika emosimu tidak menentu.. xpelah..aku xnak menimbulkan banyak hal yang tak mampu untuk aku

 atasi. aku hanya mampu mengalah kerana tiada guna untuk aku berkeras. nanti aku juga yang tersakit.

aku faham...emosi ku juga tidak menentu..disebabkan perubahan hormon. ditambah lagi dengan asgment yang nak kene antar...huhu...stresss...

maafkan diriku yang hanya kerdil di sisimu.. mungkin tiada nilai....

wsalam.. 


#mohon pencerahan

sungguh aku tidak berdaya... hanya pada-Mu

Assalamualaikum..
sungguh banyak ujian yang perlu aku tempuhi...begitu berat beban yang ditanggung untuk mencapai sesuatu perkara... Ya Allah..kuatkanlah hatiku ini..kuatkanlah aku untuk aku meneruskan perjuanganku ini.. sungguh..berat bagiku..huhu... aku tak kuat dengan berseorangan..huuhuhu...bantulah aku disetiap perjalananku ini..maafkan diriku yang lemah ini... permudahkanlah urusanku sehingga akhir perjuanganku...

Sunday 31 March 2013

memori semalam

sungguh...luka lama masih terasa... namun aku tidak mahu memikirkannya untuk merumitkan keadaan... 

aku ingin dirimu terimaku seadanya, mempercayaiku sepenuh hatimu, menyayangiku sepenuh hatimu... 

bukan aku xdapat menerimamu..tapi bukan sekarang...mungkin sehingga terubat hatiku ini... insyaAllah..suatu hari nanti...bukan aku xyakin dengan hatiku..tapi aku takut dirimu xyakin dengan hatimu sendiri... 

sungguh....dalam hatiku cuma ada kamu...sehingga sekarang...dan akan datang.... aku akan tetap akan menunggumu sehingga hatimu betul-betul yakin dengan pilihan hatimu...  

"tunggu lepas tauliah eh" 

aku ingin persiapkan diriku yang masih lagi banyak kekurangan.. semakin lama semakin aku mengerti sebab setiap perkara yang engkau lakukakan dan luahkan...alhamdulillah... 

mungkin ini adalah ujian kita....ujian yang mampu untuk kita bendung...kita kena kuat semangat... 

"biasalah...diakan bakal isteri aku... " 

insyaAllah....sungguh..harapanku terisi olehmu...tapi biarlah harapan menjadi sebuah impian... 

jaga diri. jaga peribadi kita... keluarga jannah.. amin... 

selamat hari lahir...semoga panjang umur dan murah rezeki.... semoga cekal dan tabah menghadapi liku-liku hidup di dunia ini... jangan lupa Pencipta kita.. jadilah seorang anak dan suami yang soleh... amin..  ###29mac1991###

al-fatihah untuk sahabat...

alhamdulillah...semalam kami sempat meluangkan masa bersama dengan keluarga arwah mie   dengan rombongan 4 buah kereta yang diketuai oleh jainah japar..hehe..
 
arwah telah meninggalkan keluarga nya dan keluarga kami untuk selama-lamanya namun masih lagi dalam ingatan kami semua...
arwah terlalu baik..alhamdulillah ramai yang sayangkannya  dan sangat terasa kehilangannya...
orang yang baik Allah sangat sayang... 
 
moga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh...
sesungguhnya kami hanya mampu mengiringi doa dan al-fatihah untuk kehidupannya di akhirat...
insyaAllah kami semua juga akan mengikuti jejak langkahmu namu tidak tahu masa dan waktu.. sesungguhnya mati itu adalah pasti bagi setiap insan..
 
insyaAllah, banyakkanlah amal ibadat kita untuk di bawa ke sana... =)
 
sungguh pilu bila melihat keluarga arwah..muka adik beradik yang lain sama je ngan arwah.. terutama adiknya yang bongsu... moga menjadi seperti abangmu yang sangat baik dan peramah... mungkin inilah hikmahnya Allah telah menjadikan muka mereka seiras, supaya dapat mengingati arwah dengan  menatap wajah anak-anak yang lain.. subhanaAllah...sungguh tertip penciptaanNya... 
sungguh terharu dengan panggilan emaknya yang memanggil kami semua sebagai "anak-anaknya"... terlalu baik keluarga ini... sesungguhnya kami harap kami dapat menjadi pengisi hati mereka yang kosong setelah kehilangan anak yang tersayang... memang kami tidak dapat menjadi penggantinya, tapi kami harap dapat menjadi pengubat hati.. 
 
al-fatihah untuk arwah dan salam takziah kepada keluarganya.. sesungguhnya kami akan tetap sayang keluarga ini mcm kami sayang arwah... =)

Thursday 21 March 2013

al-fatihah, kehilangan tokoh agama...

Memperingati Hari Kesyahidan Sheikh Ahmad Yassin
22 Jun 1937 – 22 Mac 2004
-----------------------------------------------------------

Pesanan Syeikh Ahmad Yassin kepada para Pemuda dan Pemudi

WAHAI anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu.

TELAH tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

AKU menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

WAHAI para Pemuda, aku ingin kamu menyedari
dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

AKU ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

WAHAI Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

KEPADA semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dgn agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dlm kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

BIASAKAN diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

As Syahid Sheikh Ahmad Yassin

Friday 8 March 2013

perjalanan sebuah kehidupan

assalamualaikum semua..

alhamdulillah..dah lama ase nye xberblogger ni..sedikit bz dengan tugasan harian sebagai pelajar... Alhamdulillah berjalan dengan lancar dengan izin-Nya... 

sebagai pelajar, aku banyak belajar erti kehidupan selain daripada belajar ilmu dunia dan akhirat...alhamdulillah...dah 2 tahun aku di sini..tempat lahirnya golongan guru-guru yang bakal mengajar generasi akan datang... termasuk aku..insyaAllah.,..bagi aku..sangat sukar dan payah untuk aku menggalas tanggungjawab dan amanah ini... walaubagaimanapun aku harus menempuhi cabaran dan dugaan untuk menjadi guru kelak.... 

 bukan senang untuk menempuh dugaan dalam mencapai sesuatu kejayaan... mcm sungai or air terjun...di setiap arus perjalanan sungai itu, terpaksa melalui batu, ranting-ranting, kayu sebelum mencapai ketenangan dalam arus deras... mcm 2 juga kehidupan... Allah ciptakan sesuatu itu semestinya ada tujuan.. kita hanyalah amanah Allah di dunia ini untuk dibawa ke akhirat kelak...Allah juga mendatangkan ujian itu untuk menyedarkan diri kita..mungkin ada silapnya dalam perjalanan hidup kita atau... Allah ingin menguji tahap keimanan kita terhadapnya.. sama ada kita dapat menerima dan mengatasi ujian tersebut ataupun kita terjerumus dalam ujian tersebut.. namun Allah dah janjikan.. setiap ujian itu Allah datangkan kepada hambaNya yang benar-benar layak...iaitu mengikut kemampuan seseorang... janganlah kita cepat mengeluh tetapi mohonlah pada Dia kerana Dialah yang benar-benar berhak untuk minta pertolongan... ingatlah.. Allah sentiasa ada di sisi kita...namun adakah kita juga ada di sisi Nya??

aku berharap kehidupanku di bawah lindungan-Nya... amiiinn.. =)
created to- Lena Chesse 




Friday 11 January 2013

bergantunglah pada Allah..itulah yang terbaik!


Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Ketika sinar nampak pudar, cahaya terasa malap, jangan hatimu berhenti berharap, kerana Dia ada, menantimu meratap.
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Ketika jiwa rasa kosong, hati terasa gelisah, akal terasa buntu, hidup rasa tak punya masa depan, jangan engkau berpaling daripada-Nya, kerana dia tidak pernah mengecewakan.
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Yang hilang adalah pergantungan. Yang kau kesalkan adalah pertolongan yang ditangguhkan. Ketika engkau tidak bergantung pada-Nya, bagaimana mungkin engkau mengharapkan pertolongan-Nya begitu segera?
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Maka bergantunglah seluruh hidupmu pada-Nya, jangan kau korbankan cinta-Nya demi dunia yang ingin kau raih. Cinta-Nya menghidupkanmu dalam bahagia, sedang dunia meruntun membuat jiwamu derita. Lepaskanlah segala pergantungan kepada ciptaan-Nya, kerana sebenarnya tempat bergantung itu adalah pada-Nya.
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Jika satu ayat ini engkau dalami, engkau mengerti dan hayati, nescaya hidupmu akan lebih bahagia.

Thursday 10 January 2013

cinta suci

Ya Allah, 
Andai masanya belum tiba, 
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta, 
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, 
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan, 
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, 
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, 
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, 
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu. 


buat renungan untukku yang sedang emncari cinta suci..insyaAllah..Allah akan hadirkan yang terbaik untukku,,
aku tidak sesempurna orang lain..cukup untuk aku seorang insan yang sanggup menerima kekurangan diriku...
 yang dapat menerimaku seadanya....