Sunday 2 June 2013

liku hidup semester 4

subhanAllah... aku harap masih ada keampunan kepada diriku ini yang kerdil di sisiMu... sungguh semester ini terlalu berat bagi ku dalam menempuhi dugaan hidup. kerja yang bertimbun, xtido malam berminggu2, berhijrah ke rumah kawan berminggu2, berulang alik jer, rumah aku mcm hotel dah..huhu.. aku harap usaha kami terbalas...huhu... namun, banyak yang aku nampak yang dapat memberi pengalaman dan pengajaran bagiku sepanjang semester ini..hidup sebagai bakal pendidik (konfom ke??), insyaAllah bukan senang. banyak cabaran yang dilalui..lebih2 lagi cikgu ERT ni..huhu..apa yang aku alpa, setiap kali menerima tugasan dan menyiapkan tugasan selalu aku mengeluh..huhu... nape la selalu mcm ni..huu..aku bermuhasabah diri.. atas dorongan dan nasihat lecturer sangat terkesan dalam hatiku ini, kata-katanya membuatkan aku menitiskan air mata. "kita kalau buat kerja kenalah ikhlas, insyaAllah siap dengan cepat". sejak itu, aku sedar kerja yang banyak mengeluh tidak akan mendatangkan hasil yang baik. aku cuba untuk bermuhasabah diri supaya tidak mengeluh dan terus niatkan dalam hati dengan menganggap tugasan yang diberikan akan membuahkan pengetahuan dan pengalaman kepada kita. terima kasih puan DALILAH.

dorongan rakan-rakan banyak memberikanku peringatan dalam menyiapkan kerja yang bertimbun. mereka juga mengalami perkara yang sama mcm aku.. satu kos, satu tempat tidur, makan sekali, borak sekali, ketawa sekali, susah sekali, senang sekali, sama-sama tolong. alhamdulillah Allah merancang segala-galanya. Dia hadirkan sahabat-sahabat untuk menolong diriku yang alpa ini. syukur sangat. aku harap sahabat-sahabat ku akan berkekalan hingga ke syurga. banyak gelak dan tawa, susah dan senang yang diharungi xkan pernah untuk aku lupakan. berkawan sehingga ke syurga.. insyaAllah.


usahaku juga diiringi oleh doa kedua ibu bapaku yang jauh di pantai timur. sungguh banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan. tidak mampu untuk aku balas.. cuma kejayaan yang mampu untuk aku berikan kepada mereka. insyaAllah... mak n we..doakan acik selalu.. =)

selamat menempuhi peperiksaan untuk sem ni.. doa + usaha + tawakal= insyaAllah  berjaya.. gudluck semua sahabat-sahabat yang aku sayang kerana Allah..

No comments:

Post a Comment