Saturday 8 June 2013

andai jerawat menjadi pencatat dosa

subhanAllah.terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan selama ini ya Allah.. aku xtahu dosa yang telah aku buat selama ini diampuni oleh mu ya Allah..dosa yang sangat besar!... apabila aku mengingat kembali dosa-dosa yang aku lakukan, hatiku terusik dan menangis, betapa jahilnya diri ini hidup di dunia Mu sebagai khalifah Mu... aku berjanji tidak mahu lagi mengulangi dosa-dosa lampau ku dalam hati..kadang-kadang aku xdapat mengotakan janji aku ini ya Allah... istiqamahkan lah aku dalam perkara yang baik... janganlah aku diuji dengan perkara-perkara yang tidak  mampu untuk aku tangani... sungguh aku lemah..sungguh aku lemah..sungguh aku lemah... aku cuba untuk memperbaiki diri ini ya Allah... kuatkanlah diri ini ya Allah.. kuatkanlah diri ini ya Allah..kuatkanlah diri ini dalam menempuhi segala cabaran mu di jalan yang engkau redhai ya Allah. sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dosa-dosa ku ini... jauhkanlah aku daripada sifat malu untuk meminta keampunan daripadaMu ya Allah...sungguh..kadang-kadang aku malu untuk meminta ampun daripadaMu walaupun hatiku ini memang rasa berdosa dan bersalah.. aku malu dengan dosa-dosaku ya Allah.. astagfirullahalazim.... begitu kerdilnya diriku ini... berada dalam bayang-bayang dosa lampau ku sehingga aku rasa malu untuk meminta taubat kepadaMu... kuatkanlah hatiku ini... malulah dengan Allah..takutlah dengan Allah... agar aku tidak menambah dosa-dosaku lagi... bersihkan lah jiwaku ini daripada perkara-perkara yang buruk.. aku ingin berubah dan aku masih lagi dalam proses mengubah diriku ini menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa di sisiMu.. InsyaAllah...


andai jerawat itu adalah bilangan dosa yang kita buat... kita mesti xnak  buat dosa kan????
fitrah manusia inginkan kecantikan yang semulajadi malah sanggup menggunakan kecantikan buatan untuk kelihatan lebih cantik dan cantik!
kalau jerawat naik sebijik riuh sekampung ckap xlawa la...geram la...habislah sumpah seranah..hehehe.. 
cuba kita fikir sejenak jika setiap dosa yang kita lakukan itu dilihatkan dalam bentuk jerawat... mesti kita xnak dah wat dosa... mesti xcantik dah muka kita... dosa yang kita buat akan meninggalkan tompok hitam pada hati kita.... tapi itu kita xnampak!!! kalu jerawat????? nampakkan....  anggaplah begitu andai kita xnak lagi buat dosa agar muka kita bersih dan cantik dan suci seperti hati kita... orang kata... muka yang suci lahir dari hati yang suci... betol x???
kalau kita buat dosa...segeralah bertaubat..bukan bertaubat biasa-biasa jer..tapi taubat nasuha (pesanan untuk diri sendiri!) insyaAllah Allah akan memberi keampunan atas usaha kita... amin....
jangan sesekali kita berfikiran negatif dengan Allah... Dia sahajalah tempat kita mengadu dan meminta keampunan ketika senang mahupun susah....
rasa mcm ruangan ini panjang skali naip..hehe... xpelah..sebagai pedoman dan panduan kita.. 

##renung-renungkan dan selamat beramal!!##
>lenachesse91<

No comments:

Post a Comment