Friday 11 January 2013

bergantunglah pada Allah..itulah yang terbaik!


Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Ketika sinar nampak pudar, cahaya terasa malap, jangan hatimu berhenti berharap, kerana Dia ada, menantimu meratap.
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Ketika jiwa rasa kosong, hati terasa gelisah, akal terasa buntu, hidup rasa tak punya masa depan, jangan engkau berpaling daripada-Nya, kerana dia tidak pernah mengecewakan.
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Yang hilang adalah pergantungan. Yang kau kesalkan adalah pertolongan yang ditangguhkan. Ketika engkau tidak bergantung pada-Nya, bagaimana mungkin engkau mengharapkan pertolongan-Nya begitu segera?
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Maka bergantunglah seluruh hidupmu pada-Nya, jangan kau korbankan cinta-Nya demi dunia yang ingin kau raih. Cinta-Nya menghidupkanmu dalam bahagia, sedang dunia meruntun membuat jiwamu derita. Lepaskanlah segala pergantungan kepada ciptaan-Nya, kerana sebenarnya tempat bergantung itu adalah pada-Nya.
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Jika satu ayat ini engkau dalami, engkau mengerti dan hayati, nescaya hidupmu akan lebih bahagia.

1 comment:

  1. alahai2...hormon erk...xpa2...biasa r tu...pompuan kn..

    ReplyDelete